En Bloc - Suria

En Bloc - Suria - EP7

43 Mins

By Toggle Video Published: 13 Mar 2018 Audio: Malay

The appearance of the pocong in Bahagia Court neighborhood has caused many residents wanted to move out. This good news is shared by Ramu to the En Bloc Committee. Only 5% of the owners of the unit yet to agree with the en bloc offer. But to Haji Hamdan and Mr. Tan, the pioneers with sentimental values to Bahagia Court, the emergence of the pocong is the dirty tactics used by the En Bloc Committee to make their campaign successful. They both determined to fight against Ramu and the gang till the end. Furthermore Haji Hamdan, the widower, was excited not to move when his feelings towards Kak Jah Janda, the rice seller at the nearby stall was well received. To settle the increasingly serious situation, a meeting was held among the residents. But during a meeting, members of the En Bloc Committee revealed the real reason Haji Hamzah and Mr. Tan did not want to sell their flats. Fear of losing respect and power. Challenged by the provocation, Mr. Tan and Haji Hamdan promised to expose the real culprits of the ghost. Meanwhile the rifts between Mr. Tan and his wife continue. Mrs. Tan stops cooking for her husband. Mr. Tan on the other hand is happy to eat outside because he can eat free at Kak Jah Janda's stall assisted by Haji Hamdan. After 2 weeks of pocong’s disappearance, members of the En Bloc Committee accused and blaming each other for the fiasco. When non of them admitted of their involvement, Jazlan and Yusoff began to fear, thus ridiculed by Ramu who accused them of being ghostly. But on the home, Ramu fainted when he came across the pocong. The incident caused Yusoff and Mrs. Tan to be hesitant in their struggle. Beyond their knowledge, the invention of pocong is actually Baharom’s works hired by Mr Norman, a developer's representative to scare the residents of the Court into selling their homes. Kemunculan lembaga pocong di kejiranan Bahagia Court telah menyebabkan ramai penduduk yang ingin berpindah. Kabar gembira ini dikongsi Ramu kepada Komiti En Bloc. Menurutnya, kini tinggal 5% saja pemilik unit yang belum bersetuju dengan tawaran en bloc. Namun menurut Haji Hamdan dan Mr. Tan, suami Puan Tan orang lama yang tinggal di kejiranan itu serta memiliki nilai - nilai sentimental terhadap Bahagia Court, kemunculan pocong itu adalah taktik kotor Komiti En Bloc untuk menjayakan kempen mereka. Mereka berdua bertekad akan menentang kempen Ramu dan kawan - kawannya habis - habisan. Haji Hamdan yang duda tambah bersemangat untuk tidak berpindah apabila perasaannya untuk memperisterikan Kak Jah Janda, penjual nasi di gerai berhampiran diterima baik. Untuk menjernihkan keadaan yang semakin gawat, satu pertemuan telah diadakan di kalangan penduduk. Namun semasa diadakan pertemuan, anggota - anggota Komiti En Bloc mendedahkan sebab sebenar Haji Hamdan dan Mr. Tan tidak mahu menjual flat mereka. Khuatir hilang hormat dan kuasa. Tercabar dengan provokasi itu, Mr. Tan dan Haji Hamdan berjanji akan mendedahkan dalang sebenar wayang hantu itu. Sementara itu perang dingin di antara Mr. Tan dengan isterinya berlarutan. Puan Tan mula mogok tidak mahu masak untuk suaminya. Mr. Tan pula dengan senang hati makan di luar kerana dapat makan percuma di gerai Kak Jah Janda yang dibantu Haji Hamdan. Setelah 2 minggu pocong tidak muncul, anggota Komiti En Bloc mula tuduh menuduh salahkan satu sama lain yang mulakan huru - hara itu. Apabila masing - masing mengaku tidak terlibat, Jazlan dan Yusoff mula rasa takut lalu ditertawakan Ramu yang menuduh mereka takut hantu. Namun sewaktu pulang ke rumah, Ramu telah terserempak pocong hingga pengsan. Peristiwa itu menyebabkan Yusoff dan Puan Tan mula ragu - ragu dengan perjuangan mereka. Di luar pengetahuan mereka, pocong jadi - jadian itu adalah kerja Baharom yang diupah oleh Mr. Norman wakil pemaju untuk menakut - nakutkan penduduk Bahagia Court agar menjual rumah mereka.

Episodes
Show More
You May Also Like
Report a problem