Jiran

Jiran - EP1

Finale
47 Mins

By Suria Published: 02 Feb 2019 Audio: Malay

Singapura dan Malaysia telah lama mempunyai hubungan erat walaupun terdapat pasang dan surutnya. Sejak kerajaan campuran Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamed berkuasa pada Mei 2018, beberapa isu dua hala telah timbul. Pertama, kerajaan Pakatan Harapan menggesa supaya harga air mentah kepada Singapura harus disemak semula. Kemudian, hubungan dua hala menghadapi sedikit ketegangan apabila Malaysia mengisytiharkan perubahan pada had pelabuhan Johor Baharu dan pencerobohan maritim ke atas perairan Singapura. Berikutan ini, terdapat juga perselisihan mengenai kawalan ruang udara di selatan Johor. Dokumentari khas ini meninjau kesan perselisihan sempadan maritim, kawalan ruang udara dan soal harga air. Kita selidik isu-isu dua hala, bagaimana kedua-dua negara menanganinya dan apa yang dipertaruhkan.

You May Also Like
Report a problem